Tandakan Kalendar Pada 12.12 Kerana vivo Ada Promosi Hebat!

vivo Malaysia dan gedung membeli-belah atas talian Lazada bekerjasama mengadakan promosi potongan harga untuk beberapa peranti sempena menyambut 12.12, esok.

Kepada mereka yang suka mengambil gambar swafoto, vivo ada menawarkan dua model dengan potongan harga menarik untuk anda miliki. Model yang dimaksudkan adalah vivo V5 dan juga V5 Plus. Model V5 Plus mendapat diskaun sebanyak RM300 dengan harga terkini adalah RM1,199, manakala vivo V5 pula adalah RM999.

Sementara itu, untuk vivo Y66 juga diturunkan harga sebanyak RM300 menjadikan ianya kini berharga RM699 (RM999) seunit, hanya eksklusif di Lazada. Tidak dilupakan, setiap pelanggan yang membeli vivo V7 pada 12.12 di Lazada akan mendapat tempered glass, sarung kulit dan juga beg galas FIFA edisi terhad.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan telefon pintar swafoto dari vivo eksklusif di Lazada.

You might also like