
Sempena dengan jualan besar-besaran pada 12.12 ini, Lenovo mengambil peluang untuk memperkenalkan model terbarunya iaitu K8 Note yang boleh dibeli bermula esok (12.12) di Lazada. Lebih istimewa, sempena jualan 12.12, telefon pintar ini akan dijual pada harga RM999, lebih murah berbanding harga asal iaitu RM1,299 selama tiga hari.
Lenovo K8 Note didatangkan bersama paparan LCD bersaiz 5.5 inci dengan HD penuh, skrin 2.5D dan berat 180g. Walaupun hadir dalam kelas pertengahan, K8 Note turut dibekalkan dengan sistem dwi kamera 13 Megapiksel dan 5 Megapiksel untuk efek bokeh. Sementara sensor 13 Megapiksel pula diletakkan di kamera depan bersama bantuan LED flash.
Dijana oleh Android 7.1.1 Nougat, ia dibekalkan dengan kuasa bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas Turbo Charge.


