
Bersama-sama majlis pelancaran telefon pintar Galaxy S8 / S8+ di Malaysia baru-baru ini, Samsung Malaysia Elektronik (SME) juga mempersembahkan Galaxy Studio yang pertama di negara ini bersama peranti Galaxy S8 / S8+ untuk memberi pengalaman penuh kepada orang ramai di luar sana.



Pameran ini diadakan serentak di beberapa buah tempat seperti di Sunway Pyramid (Lembah Klang), Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan Sutera Mall (Johor Bahru). Di sana, anda boleh merasai pengalaman menggunakan alat realiti maya bersama alat kawalan, kamera Gear 360 generasi ke-2 dan produktiviti mudah alih Samsung Dex.


Selain itu, sambutan yang diterima di ketiga-tiga Roadshows ini sangat memberansangkan walaupun mereka perlu beratur panjang. Rata-rata dari mereka yang membeli Samsung Galaxy S8 / S8+ sangat berpuas hati dengan tawaran istimewa yang diberikan tanpa mengeluh walaupun perlu menunggu berjam-jam lamanya sebelum jualan dibuka.