
Realme X Diperkenal – Rekaan Pop-UP + Sokong Snapdgragon 710 + Kamera Utama 48MP
Kita dapat lihat ramai pengeluar berlumba-lumba menghasilkan peranti dengan rekaan Pop-UP. Tidak terkecuali, Realme apabila mereka kini telah pun muncul dengan reka bentuk tersebut menerusi model Realme X.

Realme secara rasminya memperkenalkan Realme X kepada umum dalam sebuah acara perlancaran yang berlangsung di China. Realme X membawakan penawaran terkini yang baik dan paling menarik, ditawarkan pada harga mampu milik.
Realme X membawakan skrin berukuran 6.53″ FHD+ bersama panel AMOLED. Tiada sebarang takuk, sebaliknya Realme X dibina dengan rekaan pop-up menempatkan kamera swafoto. Menariknya, model ini hadir dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Enjin Realme X diperkasa oleh cip pemproses Snapdragon 710 dan dibantu memori sehingga 8GB RAM bersama storan dalaman sehingga 128GB. Seterusnya, peranti ini ditanam dengan bateri berkapsiri 3,765 mAh bersama pengecasan pantas VOOC 3.0 (20W).

Untuk tetapan kamera, Realme X dibina dengan dwi kamera utama iaitu 48MP (f/1.7) (Sony IMX 586) + 5MP (f/2.4). Kamera hadapan pula sebesar 16MP (f/2.0). Tersedia dalam dua warna menarik seperti biru dan putih, Realme X ditawarkan pada harga :
- Realme X (4GB + 64GB) – CNY 1,499 (Kira-kira RM910)
- Realme X (6GB + 64GB) – CNY 1,599 (Kira-kira RM 966)
- Realme X (8GB + 128GB) – CNY 1,799 (Kira-kira RM1,091)
Pun begitu, kita masih belum menerima sebarang makluman mengenai ketersediaannya untuk pasaran tempatan. Adakah kita akan mendengarnya kelak? Sama-sama kita tunggu dan kekal dengan eRing untuk info terkini!

