Celcom Menghasilkan Siri Mini Istimewa

1112
- Iklan -
Mboroi (Mat Over) menunjukkan cara mencari jodoh secara atas talian kepada Daud Bade (Wan Hanafi Su).
Mboroi (Mat Over) menunjukkan cara mencari jodoh secara atas talian kepada Daud Bade (Wan Hanafi Su).

Celcom melancarkan drama bersiri mini 13 episod istimewa buat anda, drama bersiri yang dibintangi artis terkenal seperti Ika Nabella dan Syafiq Kyle itu bertajuk Ceciter: Projek Cari Bini. Anda boleh menonton drama bersiri mini itu melalui portal hiburan Escape. Episod pertama telah dilancarkan pada 11 Mac yang lalu dan anda boleh mengikuti episod seterusnya pada setiap hari Isnin dan Rabu.

- Ika Nabella dan Shafiq Kyle beraksi dalam ‘Ceciter: Projek Cari Bini”
– Ika Nabella dan Shafiq Kyle beraksi dalam ‘Ceciter: Projek Cari Bini”

Zalman Aefendy Zainal Abidin (Chief of Sales and Marketing Officer, Celcom Axiata Berhad), berkata drama tersebut merupakan salah satu usaha dari Celcom untuk memenuhi kemahuan pengguna yang menginginkan variasi hiburan yang mudah diakses. Kebanyakan kandungan hiburan atas talian ketika ini adalah dari luar negara, jadi ini merupakan salah satu langkah pemangkin untuk memberikan kandungan hiburan tempatan.