
Foodie
Pembangun aplikasi LINE Corporation kini sekali lagi memperkenalkan Foodie, satu aplikasi kamera terbaru yang boleh didapati secara percuma bagi peranti iPhone dan Android anda. Aplikasi ini direka khas untuk rakyat Malaysia yang suka mengambil gambar makanan dan muat naik ke laman sosial, oleh itu dalam aplikasi ini telah menawarkan pelbagai ciri-ciri istimewa yang mampu menjadikan gambar makanan anda kelihatan lebih lazat.
Sebanyak 24 jenis penapis makanan yang dinamakan “Meats”, “Sushi”, “Cakes” dan banyak lagi yang pastinya akan membuat anda terliur. Ciri sudut terbaik dalam aplikasi ini membolehkan anda mengetahui melalui warna apabila kamera benar-benar mendatar di atas subjek supaya anda dapat mengambil flat lay seperti yang dilihat di dalam majalah.
Lebih menarik lagi, aplikasi ini turut mempunyai ciri-ciri seperti fokus lembut bagi menghasilkan imej seakan fotografi SLR, serta ciri-ciri pelaras kecerahan dan lampu denyar bagi memenuhi pilihan pengambaran anda. Foodie turut menawarkan ciri-ciri asas yang terdapat pada aplikasi kamera termasuklah perkongsian ke laman sosial seperti Instagram dan Twitter.
Ciri-ciri Utama Foodie:
- Penapis makanan menjadikan gambar masakan lebih menarik
Dengan pilihan 24 filters yang dioptimumkan untuk fotografi makanan, anda boleh mengambil dengan tepat gambar makanan yang anda mahukan.
- Sudut terbaik untuk gambar terbentang rata yang bergaya
Menggunakan warna pada skrin untuk memberitahu anda apabila posisi kamera benar-benar mendatar, di atas makanan atas meja, untuk fotografi terbentang rata yang mudah.
- Fokus lembut untuk imej ala profesional
Mengenalpasti makanan sebagai subjek secara automatik dan meletakkan imej sekeliling di luar fokus, menghasilkan imej seperti yang diambil menggunakan kamera single lens reflex (SLR).
- Pelaras kecerahan dan lampu denyar untuk mengambil gambar di lokasi gelap
Anda boleh menjadikan imej bertambah cerah atau gelap secara manual apabila mengambil gambar. Tambahan pula, lampu boleh dipasang seperti lampu denyar bagi membolehkan pengambaran dibuat dalam keadaan gelap.
- Perkongsian melalui laman sosial
Foto yang telah diproses boleh dikongsi bukan sahaja melalui LINE tetapi juga di rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Muat Turun:
- RM 0
- 10 MB
- Android 4.0.3 dan ke atas
- RM 0
- 10.8 MB
- iOS 8.0 dan ke atas