

Seperti yang diketahui, Apple telah mengumumkan penjualan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus secara rasminya bermula 14 Oktober 2016. Pelancaran dari telco telah menjadi tradisi tahunan untuk sama-sama menyambut ketibaan peranti ini.
Hari ini, Digi telah mengadakan pelancaran khas untuk pelanggannya untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus pada 12 tengah malam tadi. Pelanggan tiba di Ibu Pejabat Digi seawal 8 malam untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti pra-jualan dan mempunyai peluang untuk menjadi yang pertama untuk merebut peranti ini.

Semasa acara #TheAmazing7, Digi telah menawarkan promosi hebat iaitu rebat sehingga RM1,077, beg cenderahati bernilai RM277 untuk 200 pelanggan pertama serta cabutan bertuah. Pelancaran khas ini juga menawarkan filem, live muzik dan trak makanan untuk pelanggan menikmati sementara menunggu jualan bermula. Pelanggan juga telah mengambil bahagian dalam pelbagai permainan dan aktiviti serta bersantai di kerusi urut yang disediakan.
Sekiranya anda berminat, boleh layari laman rasmi Digi untuk maklumat lengkap.