Android Nougat 7.0 Untuk Huawei Mate 8 Sudah Bocor!

1Seorang ahli forum XDA berjaya menggali fail kemas kini Android Nougat 7.0 dari server Huawei dan memasangnya di dalam smartphone beliau. Jika anda berminat untuk mendapatkan fail kemas kini tersebut, anda boleh muat turun fail-fail tersebut. Pada laman tersebut anda dapat membaca sekali langkah dan arahan pemasangan fail Android Nougat 7.0. Kami tidak mencadangkan anda memasang fail ini kerana ia bukanlah versi official dan kemungkinan besar ia tidak stabil.

Kami kongsikan video yang dirakam ahli forum untuk anda lihat sendiri rupa antaramuka Huawei Mate 8 apabila Android Nougat 7.0 dilancarkan secara rasmi kelak.

You might also like