Meriahkan Tahun Baru Cina Dengan Hadiah Dari Lenovo

headerDalam semangat menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Lenovo Mobile mahu memberikan anda hadiah bernilai sehingga RM33,888 melalui kempen #KamKaiPoHei. Bermula dari sekarang sehingga 5 Februari, bagi setiap pembelian telefon pintar Lenovo atau Moto terpilih dari mana-mana wakil penjual sah yang mengambil bahagian, anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Menurut Lydia Foo Mun Yee , Country Manager Lenovo Technology Sdn Bhd, kempen #KamKaiPohHei adalah sebahagian daripada usaha Lenovo untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan meraikan permulaan baru pada tahun 2017 bersama-sama.

2Hadiah utama yang ditawarkan dalam kempen ini terdiri daripada peralatan elektrik untuk rumah seperti 40 inci LED HD TV, mesin basuh, peti sejuk, sistem bar bunyi dan juga hadiah-hadiah lain termasuk hamper bernilai RM199 setiap satu, baucar membeli-belah dan barangan seperti fon telinga Skullcandy, kad memori dan bermacam-macam lagi. Kempen Lenovo #KamKaiPohHei terdiri daripada tiga bahagian iaitu Shop & Win Contest, Yuen Bao Golden Egg Lucky Draw dan Tongue Twister Challenge.

Peraduan Shop & Win
  • Beli telefon pintar jenama Lenovo atau Moto yang terpilih dari mana-mana wakil penjual sah.
  • Jawab dua soalan, kemudian SMS jawapan dan butir-butir peribadi kepada 66688.
  • Pemenang akan dihubungi untuk pengesahan, ambil perhatian bahawa resit asal perlu dipamerkan sebagai bukti pembelian
‘Yuen Bao’ Golden Egg Lucky Draw
  • Pelanggan yang membeli telefon pintar jenama Lenovo atau Moto dari mana-mana wakil penjual sah berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah Golden Egg dan menebus hadiah dari stor.
Cabaran Tongue Twister
  • 10 pemenang berpeluang membawa pulang satu unit telefon pintar Lenovo A6600 Plus bernilai RM479. Tiada pembelian diperlukan untuk memasuki cabaran ini, apa peserta perlu lakukan adalah:
    ★ Rakam video diri mereka dengan membaca salah satu frasa di bawah:

(In English) “Get a super golden rooster booster this Chinese New Year when the chooser chooses to participate in the Lenovo promo like a pro!”
(Dalam Mandarin) 无论是火鸡烤鸡炸鸡母鸡金鸡, 你都炫不过Lenovo超强智能手机, 因为金机报喜一机在手抢尽先机!”

Hantar video tersebut kepada halaman Facebook Lenovo Mobile Malaysia, jangan lupa masukkan hashtag #LenovoKamKeiPoHei dan tag 2 rakan anda. Sebagai ganjaran bonus, peserta yang merekod video cabaran Tongue Twister di mana-mana stor wakil penjual yang mengambil bahagian akan diberikan sepasang fon telinga Skullcandy.

You might also like