
Jom Cari Kawan Kat Angola
Produk Apple sudah diketahui memang mahal, namun itu tidak menghalang peminat jenama ini mendapatkan peranti Apple. Menurut Technology Price Index, mereka telah menjalankan kajian perbandingan harga di antara harga jualan iPhone di 72 negara dan mendapati bahawa anda boleh mendapatkan iPhone dengan harga paling rendah di Angola.
Sebagai perbandingan, iPhone di Angola boleh dibeli pada harga 200 dollar lebih murah berbanding di Amerika. Perbezaan harga yang ketara ini adalah kerana negara seperti Angola mengenakan cukai pengguna yang jauh lebih rendah, lantas menurunkan harga peranti tersebut.
Venezuela pula menjadi negara yang menjual iPhone pada harga paling tinggi dan Malaysia pula tersenarai di tempat ke 10 di dalam senarai negara yang menjual iPhone pada harga terendah. Jadi mungkin anda semua boleh mula berkawan dengan orang Angola dan minta mereka mendapatkan iPhone untuk anda selepas ini.


