KENXINDA Melancarkan 7 Telefon Pintar Dari Siri Flattop Dan Juga Smartwatch W3

KENXINDA Malaysia telah melancarkan sebanyak 7 model terbaru telefon pintar keluarannya dari siri Flattop yang menampilkan ciri-ciri tahan lasak seperti kalis air, kalis debu dan juga tahan hentakan. Di antara kesemua siri Flattop yang diperkenalkan, model Flattop W9 merupakan sebuah peranti tahan lasak yang terbaik kerana ia menawarkan aspek ketahanan dan juga fungsi yang diperlukan oleh pengguna yang inginkan sebuah telefon pintar yang sesuai dalam apa jua situasi. Selain dilengkapi ciri-ciri IP68, KENXINDA Flattop W9 juga turut menerima pengiktirafan standard ketenteraan MIL-STD810G.

Di dalam majlis ini juga, KENXINDA turut memperkenalkan smartwatch model W3 yang juga turut menyokong fungsi untuk membuat panggilan. Smartwatch inimenampilkan rekaan yang bergaya dan sesuai untuk pengguna yang inginkan sebuah jam yang menawarkan fungsi penuh telefon pintar untuk keselesaan dalam menjalani gaya hidup yang aktif. Selain daripada dua peranti yang dinyatakan di atas, KENXINDA juga turut mengambil peluang ini untuk mendedahkan sebanyak 5 lagi model telefon pintar dari siri Flattop iaitu Flattop W3, Flattop W5, Flattop W6, Flattop W7 dan juga Flattop W8, serta sebuah Power Bank iaitu model Flattop Max7. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kenxinda.com.my atau www.facebook.com/Kenxinda.Malaysia.

pic 0.1
Danial Chia selaku Ketua Pegawai Eksekutif KENXINDA Malaysia mempamerkan produk terbaru keluaran jenama tersebut dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini.

 

Demonstrasi Ketahanan :

meitu_0
KENXINDA Malaysia mengadakan sesi demonstrasi untuk membuktikan ketahanan peranti dari siri Flattop.

Peranti Terbaru Keluaran KENXINDA :

pic 7

pic 1

pic 2

 

pic 3

 

pic 4

 

pic 6

 

pic 9 - Copy pic 8

 

You might also like