
Google I/O 2016: Selamat Tinggal Okay Google, Hello Google Assistant
CEO Google, Sundar Pichai memperkenalkan voice assistant baru yang lebih baik dari Okay, Google. Dikenali sebagai Google Assistant, teknologi ini lebih lengkap dan interaktif di mana ia mampu bersembang dengan anda sambil menjawab pertanyaan, menjalankan arahan dan lain-lain tugasan.
Sebelum ini fungsi Okay, Google lebih kepada fungsi carian menggunakan suara tanpa kehadiran elemen interaktif di antara pengguna dan bot. Ia juga mampu mentafsir arahan yang tidak jelas dengan menggunakan maksud di dalam konteks perbincangan.
Contohnya anda bertanyakan tentang filem yang sedang ditayangkan di pawagam, selepas mendengar/melihat senarai filem anda pun berkata “sure, let’s do Jungle Book” (boleh diterjemahkan sebagai “okay, jom Jungle Book”), Google Assistant cukup bijak dalam mentafsir bahawa anda ingin membeli tiket filem tersebut dan menawarkan saluran pembelian atas talian kepada anda.
Sistem Google Assistant juga telah diintegrasikan ke dalam Allo, ini membolehkan anda melakukan tempahan, carian maklumat dan tugasan-tugasan lain dengan lebih mudah dan cepat. Secara konklusinya, Google Assistant dilihat menawarkan fungsi bantuan yang lebih menyeluruh dan menyeronokkan dari versi sebelum ini.
Baca Juga:
- Google I/O 2016: Duo: Pencabar FaceTime
- Google I/O 2016: Android Auto Untuk Semua
- Google I/O 2016: Allo: Aplikasi Mesej Serba Baru Dan Serba Boleh
- Google I/O 2016: Kini Anda Tidak Perlu Lagi Muat Turun Aplikasi