Ubisoft Bekerjasama Dengan YouTuber Dalam Promosi Tom Clancy’s The Division

Ubisoft telah merekrut 4 YouTuber dalam penghasilan video pendek bersiri untuk mempromosikan permainan video Tom Clancy’s The Division. Langkah tersebut diterima baik rata-rata peminta kerana pendekatan tersebut dikatakan lebih menarik berbanding menghasilkan produk promosi yang menelan belanja tinggi.

Devin Graham (Devin Super Tramp) adalah antara salah satu YouTuber yang terlibat dalam siri promosi tersebut. Beliau terkenal dengan sinematografi aksi yang menarik dan telah menghasilkan video promosi menceritakan serba sedikit jalan cerita permainan video tersebut yang berlatar belakangkan aksi kejar mengejar. Antara YouTuber lain yang bekerjasama dengan Ubisoft adalah RocketJump, Corridor Digital dan Aureus Grex.

 

You might also like