Reviu Eksklusif: ASUS ExpertBook B9 Peranti Ringan Dengan Kuasa Dalaman Menakjubkan!!

171

Pasti ramai yang mencari komputer riba yng kompak, ringan dan berkuasa! Namun tidak banyak pilihan peranti yang mempunyai 3 ciri ini. Tapi korang jangan risau sebab peranti terbahru daripada ASUS iaitu ExpertBook B9 ini menepati ciri ini. Tapi betul-betul power ker? Tengok la sendiri!

Reka Bentuk Memang Nice

Korang seperti disihir apabila melihat peranti ini apabila ia tampil dengan rekaan dan perincian yang sangat menarik. Tampil dengan material Magensium Aloi membutkan ia tampak lebih eksklusif. Disebabkan itu jug ia adalah sangat ringan berbanding komputer riba yang lain.

Kemasan bentuk dan perincian pada peranti ini adalah sangat baik khususnya pada reka bentuk belakang peranti ini dengan logo ASUS yang tersergam indah.

Menarik juga, ExpertBook B9 ini kelihatan sedikit terangkat bagi memudahkan anda untuk menaip dan memberikan sistem pengudaraan yang lebih lancar.

Korang try tengok reka bentuk peranti ini secara menyeluruh!!

Skrin Memang Tip Top!!

Peranti ini hadir dengan skrin 14 inci dengan skrin Full HD pasti memberikan kualiti tontonan yang baik. Apa yang menjadi kelebihan buat peranti ini adalah ia hadir dengan Anti Glare coating yang mana anda boleh menonton pada skrin peranti ini sungguhpun di bawah sinaran matahari.Jadi lebih mudah untuk ada guna di mana sahaja.

Pemproses Memang Mantap

Sungguhpun ia ringgan dan kompak, tetapi peranti ini masih memperlihatkan kuasa dalaman yang sangat baik. Dihadirkan dengan Intel Core i7-10510U pasti memberikan prestasi yang sangat baik. Sepanjang menggunakan peranti ini, tiada sebarang lagi sungguhpun telah menggunakan peranti ini berjam-jam lamanya.

Namun dari aspek grafik pula, ia sedikit mengecewakan. Disebabkan ia bukanlah peranti yang memberi fokus pada permainan video, jadi ia bukanlah masalah yang besar.

Bateri Yang Memang Superb!

Apa yang menjadi sorotan bagi peranti ini adalah baterinya yang mampu bertahan lama. Ia dihadirkan dengan 2 varian bateri iaitu 33W dan 66W yang mana ia boleh bertahan sehingga 24 jam.

Jadi kami telah melaksanakan ujian pengecasan ke atas peranti ini bagi menguji sejauh mana kehebatannya. Kami mengambil masa hana selama setengah jam bagi mengecas sebanyak 45%. WOWOWOW.. Laju juga!!!

Kecil Tapi Sado!

Sungguhpun saiznya kecil, tapi korang jangan tertipu kerana ia dihadirkan dengan antara daya tahan yang terbaik di pasaran pada ketika ini. ensel pada peranti ini dihadirkan dengan daya tahan yng baik. Motherboard dan bateir juga telah di screw bagi mengunakan daya hentakan sekiranya terjatuh. TIdak hairanlah peranti ini mendapat US Military Grade.

Audio Yang Baik

Menariknya juga mengenai peranti ini ia hadir dengan audio yang baik pada badan yang kecil. Bunyi yang terhasil adalah sangat baik dan jelas. tiada sebarang bunyi gangguan ketika menggunakan peranti ini. Nak tengok video atau bervideo call juga tiada masalah.

Apa Kata Editor

Buat mereka yang mencari komputer riba yang ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja serta mempunyai kuasa memproses yang baik ASUS ExpertBook B9 adalah jawapannya. Reka bentuk yang menarik menambahkan nilai eksklusif pada peranti ini. Serius berbaloi untuk dimiliki!