
OnePlus 7 Pro bakal Tersedia Dengan Warna Almond?
Keterujaan menantikan peranti terbaharu peranti terbaharu dari OnePlus iaitu Siri OnePlus 7 pastinya sangat ditunggu-tunggu. Pelbagai ketirisan info mengenai peranti ini.

Yang paling baharu adalah pendedahan 1 lagi warna baharu bagi peranti OnePlus 7 Pro telah tertiris iaitu Almond yang mana ia seakan-akan warna emas lembut. Ia tampak sangat menarik dan cantik.

Setakat ini sudah terdapat 3 warna yang diketahui iaitu Mirror Grey, Nebula Blue dan Almond. Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia dikhabarkan akan dijana oleh cip pemproses Snapdragon 855 dan dilengkapi dengan kamera hadapan yang melaksanakan sistem pop up kamera yang memberikan tontonan penuh pada skrin hadapan. Skrinnya pula tampil dengan QHD+ 90Hz dengan sokongan HDR10+ serta mendapat pensijilan ketahanan air.

Harga bagi peranti ini masih belum diketahui lagi, namun desas-desus menyatakan bahawa OnePlus 7 Pro bakal dijual pada harga yang mahal.
________________________
Baca juga:
- OnePlus Bakal hadir Dengan Sokongan HDR10+? Beri Paparan Yang Lebih Mempersona
- OnePlus 7 Hadir Dengan Storan Berasaskan UFS 3.0? Prestasi Lebih Pantas Dan Cekap
- OnePlus Mengacah Keupayaan Kamera Pada OnePlus 7 Pro – Kongsi Hasil Gambar Di Media…
- OnePlus 7 Bakal Diperkenal Kepada Umum Bulan Depan – 14 Mei 2019!
- Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus Mengacah Video Penggoda Untuk OnePlus 7 – “Fast & Smooth”?

