
Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus Mengacah Video Penggoda Untuk OnePlus 7 – “Fast & Smooth”?
Ketua pegawai eksekutif OnePlus iaitu Pete Lau kini mula mengacah orang ramai dengan berkongsi video penggoda rasmi untuk OnePlus 7. Memetik video penggoda, terdapat slogan kata “Fast & Smooth” dalam mempromosikan peranti ini.
Excited to share the next product from OnePlus will unleash a new era of Fast and Smooth. Especially Smooth! Smooth is more challenging than Fast – a true test of hardware and software.
The new product is just beautiful – I can't wait for you to see it! 😬✨ pic.twitter.com/yPU9sEbeIv
— Pete Lau (@PeteLau) April 17, 2019
Cuma sayangnya, video tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat spesifikasi dan rekaan penuh. Pun begitu, ramai membuat spekulasi ia merupakan versi pro berdasarkan reka bentuk melengkung yang ditunjukkan.

Sebelum ini terdapat ketirisan maklumat mengatakan OnePlus 7 dijangka hadir dengan dua versi iaitu OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro. Maklumat ketirisan mengenainya juga tidak henti-henti dikogsi sejak beberapa hari lalu.
[BACA : Rekaan Penuh OnePlus 7 & OnePlus 7 Pro Muncul Di Media Sosial ]
Kebocoran terkini mendedahkan OnePlus 7 Pro dijangka terbina dengan skrin berukuran 6.64″ bersama paparan QHD+ Super AMOLED dan mempunyai kadar penyegaran 90Hz. Selain itu, ia juga bakal dilengkapi bateri berkapasiti 4,000 mAh dan ketersediaan tiga kamera utama.

Bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Jadi, sama-sama kita tunggu kemunculannya dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

