
(Ura – Ura) : Xiaomi Bakal Muncul Dengan Peranti Bersama Rekaan Lubang Tunggal Pada Paparan Hadapan
Ramai yang menyangka bahawa Redmi K30 adalah peranti pertama yang dibina dengan paparan berlubang tunggal. Tetapi sebenarnya ia mempunyai reka bentuk double punch-hole – menempatkan dua lensa hadapan. Kini, xiaomi dilaporkan bahawa dalam perancangan membangunkan peranti dengan rekaan lubang tunggal.

Seperti ditunjukkan oleh salah satu posting daripada @Chat Chat Station di Weibo mendedahkan bahawa xiaomi kini dalam perancangan untuk sebuah peranti misteri dengan paparan hadapan bersama rekaan lubang tunggal. Tambahnya, lubang berkenaan bakal ditempatkan pada sudut kiri dan tidak seperti Redmi K30 yang diletakkan pada sudut kanan. Lebih menarik, diameter lubang tersebut dikatakan bersaiz lebih besar berbanding vivo X30 yang memiliki ukuran sebesar 2.98mm.

Pun begitu, maklumat lanjut mengenai nama dan spesifikasi masih belum dikongsi dan redmi dikatakan bakal muncul dengan beberapa model baharu pada suku pertama 2020 kelak. Maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Adakah model ini merupakan salah satu daripadanya? Sama – sama kita tunggu dan lihat.

