realme X2 Pro Adalah Smartphone Android Terbaik 2019 – Android Authority

Realme cukup terkenal dengan penawaran peranti berkuasa pada harga mampu milik. Pendek kata, kalau tercari – cari peranti terbaik dengan serba-serbi menarik, inilah pilihan jenama yang tepat. Baru – baru ini, Android Authority telah mengeluarkan Anugerah Android 2019 Terbaik (Anugerah Pilihan Editor) dan apa yang mengejutkan adalah realme X2 Pro dinobatkan sebagai pemenang!

Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh berkata pihaknya benar-benar menghargai dan pada masa sama agak terkejut dengan berita tersebut kerana terdapat banyak pesaing hebat lain untuk peranti Android terbaik setiap tahun. Beliau beranggapan 2019 sebagai tahun bertuah dan pemilihan pemenang ini adalah berdasarkan kajian penuh dan perbandingan teknikal.

 

1) Android Terbaik 2019 : realme X2 Pro

Dengan skor keseluruhan sebanyak 46.76, realme X2 Pro berjaya mendahului Samsung Galaxy S10 Plus dan Xiaomi Mi 9. Ia dianggap sebagai yang terbaik di kalangan pelbagai sub ujian.

 

2) Android Terbaik 2019 : Bateri

Untuk kategori ini, realme X2 Pro bukan sahaja mempunyai jangka hayat bateri yang panjang. Bahkan, pada masa sama ia membawakan sokongan pengecasan hebat menerusi teknologi 50W SuperVOOC Flash Charge. Ditambah dengan bateri besar 4,000mAh – ia cukup memadai untuk penggunaan berat seharian.

 

3) Android Terbaik 2019 : Prestasi Dengan Skor 100%

realme X2 Pro adalah salah satu daripada tiga peranti berkuasa paling di pasaran pada tahun ini seiring dengan Asus ROG Phone 2 (99.34%) di tangga kedua dan seterusnya diikuti oleh OnePlus 7T (99.2%). Ketiga – tiga peranti dikuasai oleh Snapdragon 855 Plus dan bukan satu kejutan besar jika hanya terdapat sedikit jurang antara peranti daripada segi prestasi puncak.

 

4) Android Terbaik 2019 : Audio

Audio juga merupakan satu lagi pencapaian terbaik buat realme X2 Pro – di mana berjaya menjaringkan skor sebanyak 99% sekaligus menempatkannya antara 20 peranti pintar dengan audio terbaik. Tidak ketinggalan, realme XT juga berada dalam senarai.

You might also like