Gantian Bateri Untuk iPhone 6 Plus Mengalami Kelewatan

Selepas Apple mengakui tindakan mereka memperlahankan peranti iPhone lama, pihak Cupertino membuat pengumuman gantian bateri boleh mengembalikan prestasi seperti sedia kala. Oleh itu, Apple menawarkan program gantian bateri ke seluruh dunia. Kini, para pengguna boleh menggantikan bateri pada peranti mereka pada harga yang lebih logik lagi.

Bagi pengguna iPhone 6 Plus, mereka perlu menunggu lebih lama untuk proses gantian. Ia disebabkan stok bateri yang semakin berkurangan apabila ramai pengguna iPhone kini menyertai program tersebut. Berita dukacita ini disampaikan sendiri oleh pihak Apple melalui notis yang diberi kepada MacRumors.

Setakat ini, notis itu memberitahu kemungkinan pengguna iPhone 6 Plus boleh mula menukar bateri mereka pada bulan Mac atau April depan. Kelewatan ini mungkin akan berlaku di Timur Tengah, Amerika Latin, Rusia, dan Turki.

Bagi anda yang mengalami isu iPhone menjadi perlahan dan tidak mampu beroperasi pada kadar optimum, eRing sarankan anda kunjungi pusat servis bertauliah untuk membuat gantian pada bateri.

Sumber

You might also like