Machines Dan Switch Tawar Gantian Bateri iPhone Bermula RM129

Berikutan pengakuan Apple memperlahankan peranti iPhone lama mengundang banyak kemarahan penggunanya. Oleh itu, Apple cuba memujuk pengguna mereka dengan menawarkan tukar ganti bateri pada harga jauh lebih rendah dari harga asal yang ditawarkan sebelum ini.

Apple mengatakan pengguna yang menukar bateri pada iPhone lama boleh mengembalikan prestasi iPhone mereka seperti sedia kala. Jadi, untuk itu beberapa pusat servis yang bertauliah diiktiraf Appe menyediakan khidmat tukar ganti bateri antaranya Machines dan Switch.

Berdasarkan senarai di bawah ini, pengurangan harga boleh dinikmati oleh pengguna iPhone SE ke atas manakala pengguna iPhone 5S dan ke bawah harga adalah sedikit tinggi berbanding model iPhone yang lain. Harga yang tertera termasuk caj buruh, diagnostik, dan GST (RM64).

Caj yang dikenakan di pusat servis Machines
Caj yang dikenakan di pusat servis Switch

Sebelum anda hadir ke pusat servis bagi melakukan pembaikian, anda disarankan supaya membuat salinan data dan fail di komputer supaya kehilangan data tidak berlaku selepas proses kutipan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan lokasi pusat servis boleh layari laman sesawang Machines dan Switch.

You might also like