iQOO Neo Rasmi! Sokong Snapdragon 845 + 4500mAh Bateri + Pengecasan Pantas 22.5W!

Pendatang baharu iQOO Neo menjadi perbualan panas sejak kemunculannya di laman sesawang, dan kini ia telah rasmi diperkenalkan dengan rekaan takuk kecil seperti model iQOO namun tampil bersama spesifikasi yang lebih asas.

iQOO Neo tampil dengan paparan skrin 6.38 inci AMOLED, nisbah skrin-ke-kerangka 83.3%, dijana oleh cip pemproses Snapdragon 845 dengan sokongan memori sehingga 8GB RAM dan 128GB ROM, serta beroperasi Android 9 Pie berasaskan FunTouch 9.

Ketahanan bateri menjadi fokus utama sejak iQOO diperkenalkan, tidak ketinggalan juga untuk iQOO Neo yang menggunakan kapasiti bateri sebesar 4500mAh.

Tambahan lagi teknologi pengecasan pantas 22.5W sekaligus memudahkan kaki gamer menikmati keseronokan bermain permainan video tanpa merisaukan ketahanan bateri.

Lebih mengujakan lagi di mana peranti ini juga hadir dengan teknologi 4D Game Shock 2.0 dan Super Liquid Cooling, di mana ia boleh menjamin peranti anda sentiasa pada prestasi yang memuaskan serta pengalaman bermain yang terunggul.

iQOO Neo mempunyai dua pilihan warna iaitu Hitam dan Ungu, bahagian kamera juga sangat power. Kamera swafoto menyokong 12MP (f/2.0), sementara kamera utama menyokong 12MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4).

Super Ultra Night Mode

iQOO Neo ditawarkan dalam empat pilihan harga, seperti di bawah:

  • 6GB + 64GB – RMB1798 (~RM1082)
  • 6GB + 128GB – RMB1998 (~RM1202)
  • 8GB + 64GB – RMB2098 (~RM1262)
  • 8GB + 128GB – RMB2298 (~RM1383)

You might also like