
Hari ini U Mobile telah mengumumkan tawaran menarik khusus buat pelanggan baru pelan pascabayar Unlimited HERO P79 untuk menikmati langganan Spotify Premium secara percuma untuk tempoh 6 bulan. Tawaran baharu ini merupakan tambahan kepada data tanpa had untuk penstriman muzik melalui Music-Onz dan juga penstriman video tanpa had iaitu Video-Onz yang merupakan pelan terbaik untuk keperluan hiburan pelanggan.
U Mobile turut melancarkan pelan pascabayar HERO P68 yang disasarkan buat pengguna yang gemar menggunakan media sosial. Melalui pelan ini, pelanggan boleh menikmati data tanpa had untuk aplikasi sosial popular seperti Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp, WeChat dan juga Facebook Messenger.
Selain dua pelan pascabayar ini, U Mobile turut melancarkan pelan prabayar iaitu UMI 36 dan UMI 26 yang mana membolehkan pelanggan menikmati langganan JOOX VIP untuk tempoh 30 hari secara percuma. Kedua-dua pelan pascabayar Unlimited HERO P79 dan HERO P68 sudah boleh dilanggan mulai hari ini melalui kedai U Mobile di seluruh negara.