Integral Tampil Dengan Kad Memori microSD Pertama Sokong Kapasiti 512GB

Jika diperhatikan rata-rata telefon pintar menyokong slot kad memori microSD dengan sokongan kapasiti maksimum setakat 256GB sahaja. Namun ada juga pengeluar yang hadir dengan telefon pintar yang mampu menyokong kad memori microSD dengan kapasiti mencecah sehingga 2TB.

SanDisk sebelum ini menjadi pengeluar kad microSD dengan sokongan kapasiti paling besar iaitu sebesar 400GB.

Sungguhpun begitu, buat masa ini hanya SanDisk sahaja menjadi pengeluar kad memori microSD yang menampilkan sokongan kapasiti terbesar di pasaran iaitu sebesar 400GB. Apa yang pasti, harga jualannya tidaklah murah kerana ia telah dijual pada harga USD249.99 iaitu sekitar RM971 dan memiliki pasaran yang agak terhad.

Nampaknya rekod kad memori microSD terbesar bakal dirampas oleh jenama Integral apabila ia bakal hadir dengan kapasiti terbesar pernah diperkenalkan iaitu mencecah sehingga 512GB. Tetapi dari segi kepantasan maksimum, kad microSD Integral yang berkelajuan 80MB/s masih tidak mampu mengatasi kepantasan kad microSD keluaran SanDisk iaitu 100MB/s.

Kad microSD keluaran Integral sebesar 512GB merupakan yang terbesar pernah diperkenalkan setakat ini.

Kad memori microSD 512GB keluaran Integral ini turut menerima piawaian V10 yang direka khusus untuk membantu rakaman video HD penuh yang lebih baik. Kad memori ini akan diumumkan pada Februari 2018 nanti dan setakat ini masih belum didedahkan lagi harganya kepada umum.

You might also like