
OPPO merupakan satu jenama yang sentiasa berkembang maju dalam inovasi dan teknologi – sentiasa mencabar diri dengan cara baru dalam menyediakan perkhidmatan terbaik buat pengguna setia.
OPPO bakal muncul dengan sebuah lagi model yang penuh dengan penambahbaikan terkini iaitu OPPO Reno2. Peranti ini dikatakan diselitkan dengan teknologi berkuasa kuda termasuk bateri 4,000mAh dengan sokongan VOOC Flash Charge 3.0, cip Snapdragon 730G & gabungan memori 8GB RAM + 256 ROM untuk pengalaman permainan lebih lancar.

OPPO mencipta VOOC 3.0 – teknologi pengisian lebih pantas dan selamat pada OPPO Reno2 dengan menggunakan algoritma VFC baru. Ia memendekakn masa pengecasan sebanyak 10% dengan menggandakan pengecasan. Ianya juga selamat kerana dilengkapi 5 lapisan perlindungan yang merangkumi semua aspek pengecasan.

Diselitkan dengan kamera yang hebat, pengguna bebas mendokumentasikan setiap momen indah mereka. OPPO Reno2 disokong sokongan memori yang besar iaitu 8GB RAM + 256GB ROM. Unit pemprosesan Snapdragon 703G juga sepadan dengan kadar prestasi Reno2 bagi menyediakan sistem yang lanacar apabila pengguna menavigasi aplikasi.

Di samping itu, permua juga pasti teruja dengan OPPO Reno2 kerana dalaman peranti ini dikemas kini dengan teknologi Game Boost 2.0 untuk pengalaman permainan lebih sempurna. Peranti ini memanfaatkan Hyper Boost 2.0 dengan gabungan Boost Frame dan Touch Boost yang baru – di mana ia boleh menganalisis status prestasi mudah alih bagi mengurangkan masa tindak balas perlahan ketika permainan.

Secara keseluruhan Game Boost 2.0 berjaya meningkatkan prestasi ke satu tahap lebih baik dan memainkan peranan sebagai satu kelebihan pada lawan anda. Maklumat lanjut, layari OPPO Malaysia.

