
Demam menantikan ketibaan siri Samsung Note 10 kini kian dirasakan yang mana ia bakal dilancarkan pada acara Galaxy Unpacked pada 7 Ogos ini. Sebelum terdapat video yang mempamerkan telefon ini mungkin bakan disertakan dengan skrin Infinity-O dengan kamera hadapan di letakkan di bahagian tengah skrin.
Terdapat 1 lagi maklumat tertiris yang mana peranti ini dikatakan sedang menguji pengecasan tanpa wayar dengan kuasa 15W menggunakan pengecas model EP-N5200.
Ia dikatakan telah diuji ke atas Galaxy Note 10+ (SM-N975U) dan Galaxy Note 10+ 5G (SM-N976V). Selain itu, peranti Galaxy Note 10 berkemungkinan akan hadir dengan pengecas berwayar sehingga 25W.
Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini!!!