- Iklan -

Reviu Eksklusif: MSI Prestige 14 Evo Ringan & Cantik! Prestasi Disahkan Oleh Intel Evo + Jangka Hayat Bateri Yang Lebih Panjang!

Selepas pemproses Intel Core generasi ke-11 dikemas kini, hampir semua komputer riba di pasaran telah mula menggunakan pemproses terbaru ini. MSI telah melancarkan komputer riba MSI Prestige 14 Evo yang baru mendapat pengesahan dari platform Intel Evo! Sekarang komputer riba ini berada di tangan admin, jom kita menilai kelebihan dan fungsinya secara mendalam!

Reka bentuk penampilan yang ringkas dan cantik

MSI Prestige 14 Evo mempunyai reka bentuk yang lebih ringan berbanding dengan siri MSI Prestige yang sebelumnya. Ketebalan badannya hanya 15.9mm dan beratnya hanya 1.29kg. Peranti ini merupakan komputer riba yang sesuai untuk dibawa keluar. MSI Prestige telah menggantikan logo korporat baru MSI yang berbeza dengan gaya e-sukan. Dengan logo korporat yang baru, komputer riba ini mempunyai penampilan keseluruhan yang lebih ringkas dan cantik.

Badan MSI Prestige Evo 14 diperbuat daripada aloi aluminium, dan bahagian tepi penutupnya mempunyai reka bentuk potongan gerudi biru, memang menawan; pelesapan suhu panas di bahagian bawah disusun secara tidak teratur, membawakan rekaan yang unik dan kedua-dua sisi hujung depan juga menyediakan lubang pembesar suara.

Jarak papan kekuncinya yang sederhana, iaitu 1.5 mm dan memberi maklum balas sentuhan yang baik, pad sentuh di bawah menggunakan reka bentuk tanpa kunci dengan nisbah yang agak panjang, pembaca cap jari terletak di sudut kiri atas, dan bingkai pad sentuh juga mempunyai reka bentuk potongan gerudi biru yang sama dengan penutup mesin.

Bahagian kirinya dilengkapi dengan dua port Type-C Thuderbolt 4 dan lampu penunjuk. Terdapat satu set port USB 2.0, slot kad microSD dan bicu fon kepala 3.5 mm di sebelah kanan.

Prestige 14 Evo menggunakan reka bentuk galas sudut 5 ° yang tepat. Dengan penyesuaian sudut skrin, bahagian belakang komputer riba boleh dinaikkan dan memberikan sudut menaip yang ergonomik. Walaupun sudah lama menggunakan komputer riba, pengguna pun tidak mudah berasa letih.

Sudah tentu, komputer riba ini juga boleh diletakkan pada kedudukan mendatar 180 °. Pengguna juga dapat menggunakan kekunci pintasan F12 untuk memutar skrin 180 ° sehingga skrin dapat dikongsi dengan orang yang duduk di seberang. Apabila komputer riba terbaring rata, anda dapat melihat lubang pelesapan panas yang tersembunyi di bahagian atas papan kekunci.

Skrin Paparan FHD 14 inci Yang Hebat

Prestige 14 Evo dilengkapi dengan paparan FHD 14 inci, dan reka bentuk bezel yang  sempit dapat meningkatkan nisbah skrin-ke-badan dengan berkesan serta memberi ruang penglihatan yang lebih luas kepada pengguna. Selain itu, peranti ini juga mempunyai ciri penggunaan kuasa rendah 1.65w yang memenuhi spesifikasi Intel, julat warna sRGB 100% dan kontras tinggi 1200: 1, memastikan pengguna dapat menikmati visual yang baik.

Di samping itu, bahagian atas skrin dilengkapi dengan kamera video 720p 30fps, dan menyokong pengenalan wajah inframerah Windows Hello, serta dilengkapi dengan mikrofon.

Platform Intel Evo & Prestasi Perisian

Apakah pengesahan platform Intel Evo? Pengesahan ini bermaksud peranti memberi prestasi yang cemerlang dari segi kelajuan tindak balas, jangka hayat bateri yang panjang, sambungan Wi-Fi yang lancar serta kesan audio dan paparan yang sangat baik. Dengan pengesahan Intel Evo, peranti ini mempunyai konfigurasi dan prestasi hebat yang disebutkan di atas. 

Prestige14 Evo boleh dikatakan sebagai komputer riba pertama di dunia yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core generasi ke-11. Komputer riba ini juga mempunyai teras grafik Intel Iris Xe yang terbina dalam untuk memberi hingga 96 spesifikasi EU (unit eksekusi), video perkakasan decoding format AV1 dan menyokong spesifikasi Dolby Vision. Komputer riba ini dapat menghasilkan empat 4K gambar, dan dapat menghasilkan sehingga tertinggi 8K gambar untuk memberi pengalaman pengguna yang baik dari segi produktiviti, penciptaan, permainan, hiburan, kolaborasi dan aspek lain. Oleh itu, ketika menggunakan Prestige14 Evo untuk menonton video Youtube, kadar penggunaan CPU akan lebih rendah, lebih menjimat elektrik, dan mencapai kesan paparan yang beresolusi tinggi.

Tambahan pula, Prestige14 Evo dilengkapi dengan reka bentuk penyimpanan PCI-E Gen 4 yang berkelajuan tinggi. Peranti ini memberi kelajuan penyimpanan pepejal yang mantap untuk mempercepat proses kerja harian pengguna. Peranti ini juga dilengkapi dengan memori LPDDR4x-4267 yang mempunyai frekuensi yang tinggi tetapi menggunakan kuasa yang rendah. Peranti ini mempunyai kapasiti besar 16GB, memang lancar semasa multitasking!

Hayat Bateri Yang Panjang & Fungsi Pengecasan Pantas

Prestige 14 Evo merupakan komputer riba yang direka untuk creative content creator dengan bateri tahan lama yang telah disahkan oleh platform Intel Evo. Oleh itu, bateri 52Wh yang terbina dalamnya benar-benar mencukupi untuk kegunaan sehari, sama ada bagi kerja ataupun hiburan. Yang terpenting, peranti ini juga menyokong pengecasan pantas. Bahagian dalam kotak menyediakan pengecas USB Type-C dengan kuasa output maksimum 65W. Peranti ini hanya perlu  mengecas 15 minit untuk penggunaan selama 1.5 jam. 

MSI Center

Untuk mengimbangi kekuatan dan prestasi, Prestige 14 Evo mempunyai MSI Center yang disediakan bagi pengguna. Dengan fungsi ini, pengguna dapat menentukan program yang berbeza dan menggunakannya dalam mod prestasi yang berbeza mengikuti senario dan keperluan korang. MSI Center juga boleh mengoptimumkan sistem ke tahap yang baru.

Apa Kata Editor!

Dengan pengesahan Intel Evo, MSI Prestige 14 Evo dikatakan mempunyai prestasi yang baik dalam semua aspek termasuk prestasi yang kuat, jangka hayat bateri yang tahan lama, dan menyokong pengecasan pantas. Keseluruhan proses operasi peranti ini memang lancar~ Walau bagaimanapun,  MSI biasanya menghasilkan komputer riba e-sukan dalam ingatan admin, tetapi penampilan Prestige 14 Evo ini telah mengejutkan admin. Logo baru dan reka bentuk yang nipis dan ringan akan menyingkirkan stereotaip komputer riba e-sukan sebelumnya. Komputer riba ini memang sesuai untuk content creator!

Harga jualan MSI Prestige 14 Evo yang dicadangkan ialah RM5199. Pengguna yang berminat boleh membelinya di Lazada Concept Store, Lazada Flagship Store atau MSI Store. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati laman web rasmi MSI.

You might also like