Media Teknologi Pan-Asia TechNode Global Kumpul US$1J daripada Kairous Capital, Nutty Capital Venture dan SPH Ventures

  • TechNode Global, media teknologi Pan-Asia, mengumumkan pelaburan benihnya sebanyak US$1J
  • Pusingan pendanaan dipimpin oleh Kairous Capital dengan penyertaan Nutty Capital dan SPH Ventures
  • Modal baharu akan membantu meningkatkan jejak TechNode Global yang semakin berkembang di Asia Pasifik
  • TechNode Global berhasrat untuk membina ekosistem teknologi Pan-Asia dengan perkhidmatan media, acara dan inovasi korporat serta perniagaan rentas sempadan

SINGAPURA, 8 Februari 2021 /PRNewswire/ — TechNode Global, sebuah syarikat baharu media teknologi Pan-Asia, telah mengumpul pusingan pendanaan benih yang dipimpin oleh Kairous Capital (Hong Kong) dengan penyertaan daripada Nutty Capital Venture (Hong Kong) dan SPH Ventures (Singapura).

TechNode
TechNode

Pelaburan berkenaan akan menggiatkan usaha TechNode Global dalam membina platform media teknologi Pan-Asia yang terkemuka. Syarikat ini merancang untuk membuat liputan lebih banyak kisah teknologi, menyediakan acara berkualiti tinggi dan membina perniagaan rentas sempadan yang komprehensif di seluruh rantau ini. Pendanaan ini juga akan memacu pengembangan antarabangsa syarikat yang selanjutnya.

Dilancarkan pada awal tahun 2019 oleh Dr. Gang Lu, juga Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif media teknologi dwibahasa China yang terkemuka TechNode, TechNode Global adalah lebih daripada sebuah syarikat media. Ia membina platform komuniti teknologi, menawarkan berita berwawasan, memberi sokongan pengumpulan dana dan aliran urus niaga, menganjurkan acara serantau serta memudahkan perkongsian korporat-syarikat-baharu. Syarikat baharu media teknologi ini mengalami pertumbuhan ketara sejak pelancarannya dan melibatkan syarikat-syarikat iFLYTEK, Huawei, Alibaba Cloud dan NTUC Income sebagai antara pelanggan-pelangganya.

Pengukuhan hubungan komersial rentas sempadan antara China dan seluruh pelosok Asia, terutamanya dengan Asia Tenggara, memberi peluang pasaran yang sangat besar apabila syarikat teknologi Cina yang hebat meningkatkan pengembangan dan pelaburan mereka di rantau ini. Dengan melakukan percikan keluar daripada TechNode, TechNode Global dapat menumpukan kepakaran industri dan serantaunya untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada Pasaran Asia Pasifik yang penting.

Dr. Gang Lu, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, “Meskipun tahun 2020 menjadi tahun yang mencabar, TechNode Global berbangga dapat mengalami tahun dengan pertumbuhan yang luar biasa dan banyak pencapaian sulung. Mendapat kelebihan bekerjasama dengan pelanggan korporat serantau merupakan bukti misi kami bagi menjadi sumber pandangan dan jaringan untuk teknologi dan inovasi. Asia merupakan pusat dan pasaran inovasi teknologi seterusnya yang memberi harapan. Dengan pengalaman luas dan sumber sangat banyak yang dimiliki oleh TechNode di China, saya percaya kami berada di kedudukan yang betul, pada masa yang tepat untuk melaksanakan tujuan kami.”

“Menjadi VC serantau yang melabur di seluruh China dan Asia Tenggara, kami menjangkakan peluang integrasi dan kolaborasi yang hebat dalam bidang teknologi serta perniagaan di rantau ini. TechNode Global yang dihubungkan dengan ekosistem teknologi Asia Pasifik digandingkan dengan RCEP yang ditandatangani baru-baru ini, kami yakin bahawa mereka akan menjadi penggiat utama sebagai pendaya inovasi serantau pada tahun-tahun akan datang,” kata Joseph Lee, Rakan Pengurusan di Kairous Capital, modal usaha niaga serantau yang mengkhusus dalam pelaburan rentas sempadan antara China dan Asia Tenggara.

“Ia merupakan detik terbaik dan juga detik yang paling buruk. Biarpun dengan impak yang serius akibat COVID, kami masih dapat melihat peluang inovasi besar yang cenderung ke arah beberapa perintis teknologi baharu. Kami percaya ia merupakan masa yang tepat untuk TechNode berkembang ke dalam pasaran baharu di bawah kepimpinan Dr. Lu yang mantap bagi membentuk semula rentak baharu dalam bidang teknologi Asia Tenggara yang berkembang pesat,” kata Gilbert Lam, Pengarah Eksekutif di Nutty Capital.

TechNode Global bertuah kerana dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan serantau, pembina komuniti terkenal dan syarikat seperti National Research Foundation Singapore (NRF), Enterprise Singapore, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Sunway Group, True Digital Park dan sebagainya, dalam menganjurkan acara utamanya Persidangan ORIGIN serta inisiatif-inisiatif komuniti yang lain. Dengan pengiktirafan dan sokongan daripada komuniti teknologi utama di seluruh rantau ini, TechNode Global akan bekerjasama erat bersama mereka untuk menyetempatkan perkhidmatannya dan terlibat dengan ekosistem teknologi tempatan.

Baru-baru ini, syarikat memiliki pejabat di Singapura, dengan rancangan untuk menubuhkan sebuah pejabat di Malaysia tidak lama lagi.

Latar Belakang TechNode Global:

TechNode Global ialah platform teknologi Pan-Asia yang menawarkan berita teknologi premium, pandangan industri, acara dan penyelesaian pemasaran khusus untuk syarikat baharu, VC, syarikat korporat dan perintis industri yang lain. Dengan rangkaian luas dalam inovasi serta keusahawanan global, TechNode Global memudahkan perkongsian dan perniagaan rentas sempadan.

Kunjungi laman sesawang TechNode Global di https://technode.global 

Latar Belakang Kairous Capital:

Kairous Capital, modal usaha niaga serantau yang mengkhusus dalam pelaburan rentas sempadan antara Rantau Besar China dan Asia Tenggara dengan memberi tumpuan untuk melabur dalam teknologi disruptif di kedua-dua rantau ini. Kairous Capital mengkhusus dalam merapatkan jurang teknologi antara Rantau Besar China dan Asia Tenggara, bagi menyediakan penyelesaian rentas sempadan yang lengkap untuk pelaburannya.

Kunjungi laman sesawang Kairous Capital di https://www.kairous.com/

Latar Belakang SPH Ventures:

SPH Ventures ialah dana modal usaha niaga korporat Singapore Press Holdings Ltd (“SPH”), organisasi media utama Asia yang disenaraikan di Singapore Stock Exchange. Saiz dana berkenaan berjumlah S$100 Juta. Ia mendapat mandat global untuk melabur dalam syarikat-syarikat inovatif peringkat awal dalam bidang Media Digital (termasuk teknologi pengiklanan dan pengagregatan/ pengedaran/ penggunaan kandungan) serta Internet Pengguna (termasuk e-dagang, pasaran, media sosial, teknologi pendidikan, teknologi kewangan dan sebagainya).

Kunjungi laman sesawang SPH Ventures di https://www.sphventures.com.sg

Latar Belakang Nutty Capital:

Nutty Capital, yang melaluinya individu-individu bersemangat lagi berani bertemu untuk merevolusikan dan melakukan perubahan yang nyata dalam alam sejagat. Nutty Capital berkongsi sumber usaha niaga peringkat awal dengan usahawan di seluruh Rantau Besar China dan rantau Asia Tenggara dalam pelbagai bidang tertentu termasuk internet, teknologi, rawatan kesihatan dan pengguna.

Berhubung dengan kami: Facebook Twitter LinkedIn YouTube

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Financing agreements

Source: PRNEWSWIRE

You might also like