Mobileum Inc. Mengambil Alih Niometrics

Pengambilalihan memperluas portfolio kecerdasan pelanggan dan analitik rangkaian mendalam Mobileum untuk rangkaian 5G dan generasi seterusnya

CUPERTINO, California, 1 Julai 2021 /PRNewswire/ — Mobileum Inc. (“Mobileum”), penyedia penyelesaian analitik global yang terkemuka bagi perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko serta penyelesaian ujian dan pemantauan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Niometrics, penyedia analitik rangkaian mendalam. Pengambilalihan ini memperluas platform analitik yang boleh digunakan oleh Mobileum dengan keupayaan pengalaman, penglibatan dan penerokaan pelanggan yang membolehkan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (“CSP”) mengenal pasti aliran pendapatan baharu dan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh kitaran hayat pelanggan.

Platform Active Intelligence Mobileum merupakan teknologi analitik berfokus telekomunikasi terkemuka yang menyokong perayauan, perkhidmatan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko dan ujian.

Pengambilalihan Niometrics akan memperkaya penyelesaian sedia ada Mobileum dengan analisis rangkaian mendalam dan Pembelajaran Mesin yang digunakan sambil memperluas portfolionya dengan penyelesaian kecerdasan pelanggan. Platform Mobileum yang diperluas ini akan memberikan pengamatan rangkaian yang lebih mendalam, pandangan pelanggan secara 360 darjah dan kawalan privasi data yang dipertingkat untuk mempercepat pertumbuhan dan meningkatkan pengekalan pelanggan. Kedua-dua syarikat tersebut telah bersama-sama memperoleh kontrak dan mempunyai pengalaman dalam menyepadukan produk mereka untuk menyelesaikan kes penggunaan pelanggan berimpak tinggi.

“Penambahan Niometrics ke dalam portfolio Mobileum mengukuhkan lagi strategi kami untuk menyediakan pengendali telekomunikasi dengan enjin analitik serba lengkap yang bukan sahaja mengukuhkan rangkaian dan kesalinghubungan serta menjamin perniagaan mereka tetapi juga menyediakan mereka dengan kecerdasan rangkaian yang diperlukan untuk meningkatkan hasil dan pengalaman pelanggan sambil mereka melancarkan 5G dan mengembangkan perniagaan mereka. Teknologi Niometrics yang terbukti dengan pasukan pakar industri yang dihormati menjadikan pengambilalihan ini padanan yang sempurna untuk mempercepat strategi pertumbuhan Mobileum,” ulas Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum.

“Penyedia perkhidmatan komunikasi mempunyai akses langsung yang tiada tandingan terhadap pilihan pelanggan, penggunaan data dan trend kesetiaan. Dengan kekuatan analitik untuk memanfaatkan titik data ini, CSP kini boleh memanfaatkan pengamatan ini untuk melakukan segmentasi pemasaran dan jualan, memperibadikan penglibatan pengguna akhir, membina perkongsian digital baharu dan pengewangan data mereka – sambil mematuhi semua perlindungan privasi dan data yang ada. Melalui penggabungan portfolio produk kami, kami dapat menyediakan pengamatan unik CSP pada setiap titik sentuh pelanggan dan memastikan bahawa mereka sentiasa melangkaui pengalaman pelanggan dan jangkaan prestasi perkhidmatan secara konsisten,” ulas Kostas Anagnostakis, Ketua Pegawai Eksekutif Niometrics.

Platform Analitik Rangkaian Mendalam Niometrics (“DNA”) yang merangkumi analisis data masa nyata, algoritma AI dan pembelajaran mesin yang canggih serta keupayaan Pemeriksaan Paket Mendalam (“DPI”), kini akan menjadi sebahagian daripada platform Active Intelligence Mobileum. Platform Active Intelligence akan memberikan pengamatan penting yang diperlukan oleh pembawa untuk mengendalikan rangkaian, perayauan, jaminan perniagaan, ujian, jaminan perkhidmatan dan penglibatan pelanggan.

Berpangkalan di Singapura, lebih 150 orang pekerja Niometrics akan menyertai Mobileum sekali gus memperkukuh pasukan global syarikat tersebut dengan lebih 1,800 orang pekerja serta mengembangkan hab kejuruteraannya di Asia. Pengambilalihan ini akan memperluaskan lagi kapasiti untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih 900 pelanggan telekomunikasi Mobileum. Selepas memuktamadkan pengambilalihan ini, 9 daripada 10 pengendali telekomunikasi akan bergantung pada penyelesaian Mobileum.

Tentang Audax Private Equity

Audax Group ialah pengurus pelaburan alternatif terkemuka yang mempunyai pejabat di Boston, New York dan San Francisco. Sejak penubuhannya pada tahun 1999, firma ini telah memperoleh modal bernilai lebih $27 bilion di seluruh perniagaannya yang merangkumi Ekuiti Swasta dan Hutang Swasta. Audax Private Equity telah melaburkan lebih $6 bilion dalam lebih 135 platform dan di lebih 950 buah syarikat tambahan dan kini melaburkan dana ekuiti swastanya yang keenam bernilai $3.5 bilion. Melalui pendekatan berdisiplin Beli & Binanya, Audax berusaha membantu syarikat platform melaksanakan pengambilalihan tambahan yang mendorong pertumbuhan hasil, mengoptimumkan operasi dan meningkatkan nilai ekuiti dengan ketara. Dengan lebih 250 orang pekerja dan lebih 100 orang profesional pelaburan, firma ini merupakan rakan kongsi modal terkemuka bagi syarikat pasaran pertengahan Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Audax Private Equity: http://www.audaxprivateequity.com atau ikuti kami di LinkedIn.

Tentang Niometrics

Niometrics ialah sebuah syarikat analitik rangkaian yang menyediakan penyelesaian untuk Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) bagi membangunkan strategi dan keputusan perniagaan digital baharu, pengurusan pengalaman pelanggan serta perancangan dan pengoptimuman rangkaian.

Dengan menganalisis gabungan pangkalan yang mengandungi lebih 500 juta pelanggan yang menggunakan dan bertukar-tukar lebih daripada 60 PB data setiap hari, teknologi Analitik Rangkaian Mendalam(DNA) proprietari Niometrics yang lengkap mengekstrak, memproses dan mengubah data rangkaian yang kompleks dalam masa nyata kepada pengamatan untuk membolehkan CSP mengambil tindakan yang lebih baik dan tepat pada masanya bagi mendorong pulangan pelaburan yang lebih tinggi.

Niometrics bekerjasama dengan beberapa buah syarikat penyedia telekomunikasi terbesar di dunia. Dengan pangkalannya di Singapura, syarikat ini juga beroperasi serta mempunyai hab R&D di seluruh Asia Pasifik, Eropah dan Timur Tengah.

Layari www.niometrics.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, perkhidmatan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko dan ujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa. Lebih 900 pengendali bergantung pada platform Active Intelligence yang menyediakan penyelesaian berasaskan analitik canggih dan membolehkan pelanggan menghubungkan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata serta meningkatkan hasil, pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos. Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Dubai, Jerman, India, Portugal, Singapura dan UK.

Ketahui lebih lanjut di www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/07/mobileum-inc-mengambil-alih-niometrics.jpg

Source: Mobileum, Inc.

Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like