Setel & CIMB Beri Ganjaran Petrol Percuma Kepada Pengguna!!

Setel, platform e-pembayaran pertama di Malaysia yang membolehkan pembelian petrol dilakukan secara terus daripada peranti mudah alih, baru-baru ini telah berkolaborasi bersama CIMB Bank Berhad (“CIMB”) untuk melancarkan peraduan Gempak Fuel Dengan Setel, yang menawarkan Kredit Setel percuma berjumlah RM21,000.

Dari 21 April hingga 21 Julai 2021, pengguna Setel secara automatik layak mendapat sehingga tiga penyertaan untuk memenangi Kredit Setel apabila mereka menambah nilai atau membayar dengan CardTerus minimum RM30 dalam satu transaksi di stesen PETRONAS menggunakan kad kredit CIMB yang  berkelayakan menerusi aplikasi Setel.

Untuk meningkatkan peluang kemenangan, pengguna kad kredit CIMB PETRONAS Platinum-i dan kad kredit CIMB PETRONAS Platinum akan layak mendapat tiga penyertaan, begitu juga dengan pengguna baharu Setel yang telah memuat turun aplikasi Setel serta mendaftar menggunakan kod promosi “c-gpak3”.

Enam hadiah utama Kredit Setel bernilai RM2,000 dan 300 hadiah saguhati Kredit Setel bernilai RM30 berpeluang untuk diraih sepanjang tempoh tiga bulan peraduan ini berlangsung.

Aplikasi Setel boleh dimuat turun di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Untuk maklumat lanjut mengenai Setel dan peraduan Gempak Fuel Dengan Setel,

You might also like