YES 4G Pelan Pascabayar Konfem Unlimited – Serendah RM46 Sebulan

YES 4G hari ini telah membawa 4G tulen terbaik dengan memperkenalkan pelan pascabayar baharu Konfem 4G Konfem Unlimited, di mana ia menawarkan data tanpa had 4G LTE setiap hari dari harga serendah RM46 sebulan.

Pelan baharu ini tersedia dalam tiga pilihan pelan antaranya Yes Konfem Unlimited 49, Yes Konfem Unlimited 79 dan Yes Konfem Unlimited 99. Selain itu YES juga memperkenalkan panggilan VoLTE, di mana ia menghubungkan anda dengan orang tersayang 2-3x lebih pantas dengan panggilan suara yang 2.2x lebih jelas.

Plan Pascabayar Konfem Unlimited

Pilihan Tanpa Kontrak
Nama Pelan Konfem Unlimited 49 Konfem Unlimited 79 Konfem Unlimited 99
Bayaran Komitmen Bulanan RM49 RM79 RM99
Kuota Data Bulanan Tanpa Had Tanda Had Tanpa Had
Kelajuan Sehingga 5 Mbps Sehingga 7 Mbps Tiada CAP
Panggilan (offnet) 100 minit PERCUMA 200 minit PERCUMA 300 minit PERCUMA
SMS dan Panggilan (offnet) 9 sen/SMS/min 9 sen/SMS/min 9 sen/SMS/min
SMS dan Panggilan (onnet) Percuma Percuma Percuma

 

Pilihan Dengan Kontrak
Nama Pelan Konfem Unlimited 49 Konfem Unlimited 79 Konfem Unlimited 99
Rebat Tambahan Rebat RM3/sebulan Rebat RM10/sebulan PANGGILAN TANPA HAD
Bayaran Komitmen Bulanan RM 46 RM 69 RM 99
Kuota Data Bulanan TANPA HAD TANPA HAD TANPA HAD
Kelajuan Sehingga 5 Mbps Sehingga 7 Mbps TIADA CAP
Panggilan (offnet) 100 minit PERCUMA 200 minit PERCUMA TANPA HAD
SMS dan Panggilan (offnet) 9 sen/SMS/min 9 sen/SMS/min 9 sen/SMS
SMS dan Panggilan (onnet) PERCUMA PERCUMA PERCUMA
Tempoh Kontrak 12 bulan 12 bulan 12 bulan

* Sementara stok masih ada.
* Tertakluk kepada terma dan syarat

 

YES turut menawarkan Konfem Turbo Daily dan Konfem Turbo Weekly Data Add-Ons, di mana ia menawarkan data tanpa had tanpa cap kelajuan dari harga serendah RM5 setiap hari untuk pelanggan Konfem Unlimited 49 dan Konfem Unlimited 79.

Konfem Turbo Add-ons

Nama Pelan Konfem Turbo Daily Konfem Turbo Weekly
Harga RM 5 RM 20
Kuota Data Bulanan Tanpa Had
Kelajuan Tiada CAP
Tempoh Sah Sehari (24 Jam) 1 Minggu (7 Hari)

*Sah untuk Konfem Unlimited 49 and Konfem Unlimited 79

 

Voice Bundle Pack

Nama Pelan Voice Pack (500 minit) Voice Pack (1000 minit)
Harga RM10 RM20
Minit Panggilan (offset) 500 Minit 1000 Minit
Tempoh Sah Sah dari hari pembelian sehingga hari terakhir kitaran bil semasa anda

* Tidak sah untuk Konfem 99 dengan kontrak

Pelanggan Konfem Unlimited Postpaid 49 dan Konfem Unlimited 79 juga boleh menikmati panggilan suara pada harga 2 sen setiap minit dengan pembelian pek suara YES dari harga serendah RM10 untuk 500 minit, dan RM20 untuk 1000 minit dengan kualiti panggilan VoLTE.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berkunjung ke stor YES terdekat atau layari laman web rasmi YES. Pembelian atas talian turut disediakan di YES Online Store.

 

 

 

You might also like