
OnePlus Nord 2 5G Bakal Tampil Dengan Skrin AMOLED Fluid 6.43″??!
Menurut laporan daripada GSMArena, OnePlus menyatakan bhawa OnePlus Nord 2 5G bakal tampil dengan paparan 6.43″ Fluid AMOLED yang mana ia hadir dengan kadar segar semula 90Hz dan disertakan dengan HDR10+.

Menurut maklumat tertiris sebelum ini, telefon bimbit OnePlus Nord 2 5G akan dilengkapi dengan cip khas MediaTek Dimensity 1200-AI untuk membezakannya dari produk serupa dengan kecerdasan buatan yang lebih rendah.
Selain itu, menurut ramalan media asing, telefon OnePlus Nord 2 5G akan mempunyai lensa depan 32MP dan dan kamera belakang, IMX766 50MP + 8MP + 2MP.