Oukitel Melancarkan Secara Rasmi Jenama Mereka Di Malaysia

Dari kiri, Mr Freddy, Product Manager of Oukitel Malaysia, Mr Qi, CEO of Oukitel, Mr Lau, CEO of Oukitel Malaysia, Ms Grace, General Manager of Oukitel Malaysia, Mr Qin, Product Manager of Oukitel, Mr Leo, Marketing Manager of Oukitel, Mr Mark, Regional Manager for Europe, Ms Crystal, Regional Manager for Afrika, Mr Gordon, Sales Manager of Oukitel Malaysia.

Oukitel telah melancarkan secara rasmi jenama mereka di Malaysia pada satu acara eksklusif di ibu kota semalam.

Pada tahun 2016, Oukitel mempunyai 300 pengedar dan 6 pusat servis di seluruh Malaysia. Oukitel menyasar untuk memperluaskan peniaga mereka kepada 800 pengedar dan 12 pusat servis tahun ini untuk memudahkan pelanggan Oukitel. Selain itu syarikat ini juga berharap untuk membuka 5 kedai konsep bagi membolehkan orang ramai mencuba peranti terbaru dari Oukitel. Pada acara ini Oukitel juga memperkenalkan beberapa model telefon pintar untuk pasaran Malaysia.

 

K6000 Plus

Oukitel K6000 Plus pertama kali diumumkan pada MWC 2017 dan kini ia telah tiba di Malaysia. K6000 Plus mempunyai badan logam dan dipasang pengimbas cap jari. Paparan panel LTPS 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 piksel pula menawarkan warna yang menonjol, butiran yang tajam dan jelas.

Oukitel K6000 Plus dilengkapi MediaTek 6750T Octa-Core, ia adalah pemproses cekap tenaga dengan 4 teras bekerja pada 1GHz untuk tugas-tugas ringan, serta 4 teras lagi pada 1.5GHz untuk kerja-kerja berat. Peranti ini juga dipasangkan 4GB RAM dan 64GB ROM yang bermakna anda mempunyai memori yang mencukupi untuk multitasking dan penyimpanan fail. Selain itu, ia menyokong kad memori microSD sehingga 128GB.

Untuk kamera utama, kamera K6000 Plus sensor 16MP Sony IMX298 dibantu sistem fokus PDAF. Kamera hadapan pula dilengkapi sensor 8MP untuk gambar selfie yang baik. Fokus utama peranti ini adalah pada baterinya dengan kapasiti 6,080mAh daripada SCUD. Telefon pintar ini menyokong 12V2A pengecasan cepat dan mampu mencapai caj 100% dalam masa 100 minit. SCUD juga telah melakukan pelbagai ujian bagi memastikan komponen bateri ini selamat untuk digunakan.

K6000 Plus menggunakan sistem operasi terbaru Android 7.0 Nougat, hadir dengan dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas. Peranti ini akan mula dijual pada bulan April dengan harga RM999.

 

U16 Max

Oukitel U16 Max menawarkan bahan binaan aloi aluminium gred pesawat dengan 2.5D panel kaca melengkung. Dengan ukuran dimensi badan 165.5 x 83.3 x 9.15mm dan berat 222g, U16 Max mempunyai paparan 6 inci HD dengan teknologi LTPS.

U16 Max dikuasakan oleh pemproses MediaTek MT6753 1.3GHz Octa-core yang dipasangkan dengan GPU ARM Mali-T720 MP3, ia digabungkan dengan 3GB RAM dan 32GB ROM yang boleh dikembangkan melalui kad microSD sehingga 32GB.

U16 Max menggunakan Android 7.0 Nougat yang disesuaikan oleh Oukitel. Telefon pintar ini menawarkan bateri berkapasiti 4000mAh yang disokong dengan 5V1.5A caj pantas. U16 Max menawarkan kamera belakang 13MP disokong dengan Flash LED dan juga kamera hadapan 5 megapiksel untuk tangkapan gambar selfie yang jelas.

Terdapat juga pemgimbas cap jari yang mengambil masa 0.1 saat sahaja untuk membuka kunci peranti. Ciri-ciri yang lain termasuklah fungsi dwi SIM yang menyokong rangkaian 4G, WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.0 dan GPS.

The Oukitel U16 Max hadir dengan warna Grey dan Gold, dan mula dijual pada bulan April dengan harga RM 889.

 

U20 Plus

Oukitel U20 Plus telah diperkenalkan di pasaran Malaysia pada awal bulan ini. Ia merupakan sebuah peranti dengan kamera dwi-lensa pada harga mampu milik.

Ia dilengkapi dengan cip MT6737T Quad-Core dari MediaTek yang mampu beroperasi pada kadar 1.5GHz dan dibantu GPU ARM Mali-T720 MP2. Sistem ini pula dilengkapkan dengan 2GB RAM dan 16GB ROM yang boleh dikembangkan melalui kad microSD. Peranti ini menggunakan bateri dari SCUD dengan kapasiti 3300mAh.

Lensa utama kamera belakang menggunakan sensor Sony 13MP IMX135 dan dibantu oleh sensor 0.3MP yang digunakan untuk mengumpul data imej seperti jarak, kedalaman dan cahaya. Ini membolehkan kamera belakang dua untuk menyampaikan gambar berkualiti. Untuk selfie pula, U20 Plus menggunakan sensor 5MP yang boleh menjana kualiti 8MP resolusi imej yang lebih tinggi.

Oukitel U20 Plus boleh didapati di Malaysia sekarang pada harga RM639 dengan tiga pilihan warna, Jet Black, Grey dan Gold.

 

C3 dan C5 Pro

Untuk segmen peranti bajet, Oukitel memperkenalkan dua peranti di dalam siri C, iaitu C3 dan C5 Pro di mana kedua-dua telah dilancarkan di Malaysia pada Februari tahun ini. Kedua-dua telefon bimbit yang menawarkan reka bentuk yang baik dengan ciri-ciri peranti entrylevel dengan tag harga yang berpatutan di bawah RM400 sahaja.

 

You might also like