Helio P20 Dan 4GB RAM Untuk Model Terbaru Sony Xperia X

Mobile World Congress 2017 akan bermula pada penghujung bulan Februari dan Sony telah pun mengumumkan slot acara mereka pada 27 Februari. Pada acara tersebut, dijangkakan sekurang-kurangnya 2 peranti baru Sony akan diumumkan.

1Satu imej bocor telah berlegar di laman sesawang, menunjukkan spesifikasi pada model Xperia X yang dikatakan akan diperkenalkan pada acara MWC 2017 nanti. Model terbaru Xperia X itu dilengkapi cip pemproses MediaTek Helio P20, 4GB RAM dan 64GB ROM. Selain itu, hasil ujian benchmark juga menunjukkan peranti ini mempunyai resolusi paparan 1920 x 1080 piksel dan akan beroperasi menggunakan Android 7.0 Nougat. Pada bahagian kamera pula, model tersebut dilengkapi sensor hadapan 16 megapiksel dan sensor utama 23 megapiksel.

Kita tunggu pengumuman rasmi Sony pada acara MWC 2017 nanti untuk melihat sama ada benar atau tidak spesifikasi yang ter’bocor’ ini.

 

You might also like