
Sony Menarik Balik Kemas Kini Nougat Untuk Xperia Z5?!
Sony Mobile tiba-tiba menarik balik kemas kini Android 7.0 Nougat untuk model Sony Xperia Z5. Kemas kini dengan nombor binaan 32.3.A.0.372 telah pun dilancarkan awal minggu ini, tetapi fail tersebut nampaknya telah ditarik balik oleh pihak Sony.
Menurut Sony, kemas kini tersebut ditarik balik kerana terdapat laporan dari beberapa pengguna bahawa terdapat masalah berkaitan audio apabila mereka memasang kemas kini terbaru itu. Jadi Sony bertindak menarik balik kemas kini tersebut buat sementara waktu bagi menyelesaikan masalah itu.
Apa-apa kemas kini kita akan beritahu secepat mungkin, bersabar ya~

