Kempen “Rileks, Beli Je!” Dilanjutkan – Nikmati Jaminan Waranti Tambahan Untuk Pembelian HONOR 20 & HONOR 20 Pro

HONOR Malaysia memaklumkan bahawa kempen Relaks, Beli Je kini dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2019! Menariknya lagi, setiap pembelian HONOR 20 atau HONOR 20 Pro sepanjang kempen ini akan didatangkan dengan jaminan waranti selama dua tahun.

Jaminan waranti tambahan selama satu tahun tersebut boleh ditebus melalui aplikasi HiCare dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembelian. Pakej ini termasuk perlindungan menyeluruh terhadap kos pembaikan dengan piawaian penyenggaraan rasmi HONOR dan 100% alat ganti asli.

 

BAGAIMANA NAK TEBUS? IKUTI CARA MUDAH DI BAWAH…

Langkah 1 : Aktifkan aplikasi HiCare pada peranti HONOR & klik pada pautan “Extended Warranty Plan” di bahagian atas.
Langkah 2 : Kemas kini aplikasi HiCare seperti yang diminta
Langkah 3 : ID HUAWEI diperlukan untuk menebus
Langkah 4 : Klik pada pautan “Click Here Now” untuk menebus
You might also like