
Samsung Infinity Flex Display : Teknologi Baru Yang Pasti Ubah Pasaran Telefon Pintar
Samsung kini berani mengorak langkah untuk mencipta sesuatu yang unik dengan memperkenalkan teknologi baru dipanggil Infinity Flex Display – paparan baru membolehkan pengguna membuka dan melipat peranti secara berulang kali.

Pada persidangan Samsung Developer Conference (SDC) 2018 baru-baru, Samsung telah memaparkan paparan skrin lipat yang membolehkan telefon pintar menjadi tablet sekaligus dilihat berpotensi untuk mengubah pasaran telefon pintar.
Melihat pada apa yang ditunjukkan oleh Samsung ketika di pentas berkenaan, paparan lipatan ini membolehkan telefon pintar digunakan sebagai telefon biasa yang bersaiz 4.6inci apabila ianya dilipat.

Ia juga boleh digunakan sebagai tablet apabila ianya dibuka seperti buku untuk mendedahkan paparan 7.3 inci selain mampu menjalankan tiga aplikasi secara serentak menggunakan sistem Multi-Active Display.
Pada masa sama, Samsung turut memperkenalkan antaramuka baharu yang dipanggil One UI bagi menyokong paparan baharu ini.


