Samsung Galaxy S9/S9+ Perkenalkan Warna Cerun Baharu – Ice Blue

Warna cerun merupakan trend popular masa kini selain rekaan skrin takuk kecil, kali ini pihak Samsung di China telah menawarkan warna cerun baharu – Ice Blue pada Galaxy S9/S9+.

Warna Ice Blue pada Galaxy S9 hadir dengan 128GB ROM dan ditawarkan pada harga jualan RMB5499 (kira-kira RM3,315), manakala Galaxy S9+ Ice Blue berharga RMB6499 (kira-kira RM3,918).

Bagi pengetahuan anda, Galaxy S9/S9+ kini tersedia dengan pilihan warna Midnight Black, Coral Blue, Lilac Purple dan Sunrise Gold. Adakah warna baharu ini akan memasuki pasaran tempatan, kita tunggu berita selanjutnya dari Samsung Malaysia ya.

 

Baca Juga:

 

You might also like