Google Mengatakan 11 Telefon Pintar Akan Menyokong Daydream VR Menjelang Akhir Tahun 2017

Platfom realiti maya Daydream telah dilancarkan oleh Google pada bulan November tahun lepas. Alat ini hanya dikonfigurasikan pada peranti Android sahaja. Melalui pengumuman kewangan, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai mengatakan bahawa ada 11 lagi telefon pintar yang akan menyokong Daydream menjelang penghujung 2017.

Setakat ini sahaja, peranti yang menyokong antaranya adalah Moto Z, ZTE Axon 7, Huawei Mate 9 Pro, Huawei Mate 9 Porsche Design, dan ASUS ZenFone AR. Manakala, terdapat dua model yang sudah diumumkan akan menerimanya iaitu Samsung Galaxy S8 dan S8+.

Ini bermakna terdapat dua atau tiga lagi peranti yang akan menyokong Daydream sehingga penghujung tahun 2017. Sehubungan itu, kita mungkin akan melihat Google Pixel 2, Galaxy Note 8 atau ASUS ZenFone 4 akan turut serta dalam pengalaman Daydream ini kelak.

You might also like