
Daydream View, Nikmati Pengalaman VR Paling Menyeronokkan!
Selain daripada dua smartphone yang diperkenalkan, Google juga tidak ketinggalan memperkenalkan realiti maya yang dikenali sebagai Daydream View. Ia bukanlah seperti kebanyakan realiti maya yang ada di pasaran hari ini kerana yang uniknya realiti maya ini diperbuat daripada cardboard.
Selain menawarkan kandungan 360 darjah kepada pengguna YouTube, ia juga mementingkan keselesaan pengguna semasa memakainya. Google telah menghasilkan Daydream View menggunakan bahan fabrik seperti kain mikroserat yang lembut untuk memberikan keselesaan kepada si pemakainya. Hasilnya, realiti maya ini 30% lebih ringan daripada realiti maya yang ada di pasaran sekarang.

Lebih menarik, peranti ini didatangkan dengan sebuah alat kawalan untuk mengawal Daydream View dan ianya boleh disimpan pada slot khas apabila tidak digunakan lagi. Menggunakannya juga mudah, pengguna hanya perlu memasukkan peranti pintar pada slot yang disediakan dan Daydream View secara automatik akan memainkan kandungan realiti maya yang tersedia dengan adanya teknologi NFC.
Google juga telah berkerjasama dengan rakan-rakan pembangun mereka untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi Daydream dengan menyokong penghasilan lebih banyak kandungan VR dan 360.
Hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Snow, Slate, dan Crimson, Daydream View akan mula dijual pada November 2016 dengan harga USD 79 (RM 327).
https://www.youtube.com/watch?v=rLLAA4ENIP4

