Sejak pengenalan Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro di pasaran Malaysia, ramai pengguna mula memberi perhatian terhadap model ini. Oleh kerana Huawei menawarkan peranti serba lengkap, peranti ini juga telah memenangi 4 anugerah di acara CES 2018 yang lalu. Hari ini Huawei mengumumkan bahawa mereka adalah pengeluar pertama menawarkan ciri VoWiFi pada telefon pintar.
Bagi anda yang masih belum tahu, VoWiFi merupakan ciri yang membolehkan pengguna membuat panggilan suara melalui sambungan WiFi – walaupun pada masa itu tiada rangkaian liputan misalnya anda sedang berada di luar negara tetapi tidak membuat perayauan (roaming).
Buat masa ini, syarikat telekomunikasi yang menawarkan ciri ini ialah U Mobile dan Digi. Dengan perlaksanaan ciri VoWiFi oleh Huawei, tidak lama lagi pengguna Huawei Mate 10 Pro dan Mate 10 bebas untuk menggunakan mana-mana kad SIM untuk membuat panggilan melalui VoWiFi.

Teknologi yang talah dibangunkan sejak hampir 20 tahun lalu membolehkan pengguna menikmati panggilan suara beresolusi tinggi sama seperti ciri VoLTE yang sedia ada. Namun untuk menggunakan ciri ini, Huawei mengatakan pengguna akan dikenakan cas bergantung kepada syarikat telekomunikasi tersebut.
Ciri ini akan ditawarkan dalam bentuk kemas kini. Dalam masa sama, Huawei turut mengumumkan 25 Januari depan, ada satu berita baik buat pengguna Huawei Nova 2i. Kita nantikan pengumuman selanjutnya..
Baca juga : Reviu Eksklusif: Huawei Mate 10 / Mate 10 Pro – Sebuah Peranti Premium Yang Perlu Anda Pertimbangkan

