

Ericsson telah melanjutkan usaha sama dengan U Mobile Sdn Bhd untuk memperbaharui Sistem Sokongan Perniagaan (BSS) penyedia perkhidmatan telekomunikasi Malaysia ini kepada sistem perindustrian masa sebenar yang tertumpu. Usaha sama ini yang dimeterai buat pertama kali pada 2012, telah dilanjutkan selama lima tahun lagi sehingga 2022. Ini bermaksud perkhidmatan Ericsson telah diteruskan untuk tempoh lima tahun lagi dalam mengendalikan lebih daripada 5 juta pelanggan prabayar dan pascabayar U Mobile.
Di bawah kontrak ini, Ericsson bertanggungjawab untuk pembangunan keupayaan, reka bentuk penyelesaian, pelaksanaan dan penyepaduan sistem bagi penyelesaian bil yang tertumpu, dan juga bagi Perkhidmatan Terurus. Penyelesaian BSS Ericsson membolehkan U Mobile menawarkan pilihan perkhidmatan unik yang lebih luas termasuk promosi dan pemberitahuan masa sebenar, tawaran produk dan perkhidmatan silang, kawalan kos masa sebenar bagi langganan pasca bayar, penyesuaian khusus pelanggan, dan dompet digital fleksibel.

Dengan lebih daripada 200 pelanggan telekomunikasi yang menggunakan perkhidmatan bil dan caj yang disediakan di seluruh dunia, Ericcson ialah rakan BSS serba lengkap pilihan utama. Dua bilion pengguna disokong oleh Ericsson selaku pembekal BSS bertaraf dunia, yang membantu syarikat penyedia perkhidmatan merebut peluang baharu yang memerlukan tawaran sesuai dibuat tepat pada masanya. Kontrak Perkhidmatan Terurus selama lima tahun ini juga secara tidak langsung membolehkan U Mobile untuk menumpukan usahanya kepada pembangunan produk, dengan tahap keterlihatan yang lebih tinggi dan kawalan lebih rapi terhadap modal dan perbelanjaan operasi.

