
Selangkah Ke Hadapan! Vivo Memfailkan Paten Untuk Logo 6G – Dijangka Kelajuan Mencapai 1TB
Ketika yang lain sibuk dengan persiapan 5G, vivo kini mengorak selangkah ke hadapan apabila dikatakan telah pun memulakan penyelidikan dan pembangunan teknologi 6Gnya. Menariknya lagi, mereka juga telah menfailkan paten untuk logi 6G di EUIPO (Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah) pada 22 Oktober lalu.
Ia sekaligus memberi gambaran jelas bahawa vivo kini bersedia dengan sambungan wayarles generasi seterusnya dan bakal menjadi antara jenama pertama yang melancarkan peranti pintar dengan sokongan 6G.

Meskipun sokongan 5G boleh dianggap masih setahun jagung, namun 6G berkemungkinan dapat menyelesaikan gelombang cabaran seterusnya dalam komunikasi dengan lebih baik – termasuk pertumbuhan data pada masa depan, teknologi AI, peranti IoT dan sebagainya. Tanda dagangan 6G vivo memberi gambaran yang lebih lebih besar mengenai perkhidmatan dan produk termasuk peranti pintar, perisian komputer, fon kepala mudah alih, perkhidmatan telekomunikasi dan sebagainya.

Pada masa sama, vivo juga menerbitkan kertas kerja 6G pertama di dunia yang bertajuk ‘“Key Drivers and Research Challenges for 6G Ubiquitous Wireless Intelligence’. 6G dijangka tidak akan selesai sehingga 2030 – kelajuan teknologi 6G dijangka mencecah sehingga 1TB persaat dengan latensi sifar.

