
Xiaomi CC9 Pro Premium Edition Camera Mencapai Skor DxOMark 121 Mata – Setaraf HUAWEI Mate 30 Pro!
Pelancaran Xiaomi CC9 Pro sedang berlangsung di China buat ketika masa ini, dan apa yang menjadi tumpuan ramai kali ini tentunya keupayaan 108MP Penta Camera yang diketengahkan oleh pihak Xiaomi.
Terkini, DXOMark telah mendedahkan skor mereka terhadap prestasi kamera yang dibawa oleh Xiaomi CC9 Pro Premium Edition Camera. Peranti ini dilihat mempunyai prestasi penggambaran yang sangat hebat seperti mana HUAWEI Mate 30 Pro, sama-sama menduduki tangga teratas dengan skor 121 mata.
Wow!!! Amat teruja dengan keputusan ini dan menurut DXOMark, Xiaomi CC9 Pro Premium Edition Camera adalah peranti yang paling hebat diuji setakat ini sama ada gambar atau video.

