
Telenor Group Mencatatkan Lebih Daripada 200 Juta Pelanggan Mudah Alih
Baru-baru ini Telenor Group telah berjaya mencapai peristiwa penting dalam sejarah Kumpulan terbabit yang melibatkan seluruh Asia, Eropah dan Nordik, apabila ia telah berjaya melepasi angka 200 juta pelanggan mudah alih. Malah untuk rantau Asia, telco tempatan Digi telah menerajui perkhidmatan terhadap pengguna telefon pintar termaju jika dibandingkan dengan enam operasi Telenor di Asia. Malaysia memiliki sebanyak 79.2% pengguna telefon pintar dengan kadar penembusan mudah alih sebanyak lebih kurang 140%, yang mana kebanyakan pengguna mendapat pengalaman pertama di Internet melalui peranti mudah alih mereka. Daripada jumlah ini, Digi menawarkan Internet berkelajuan tinggi yang konsisten kepada 7 juta pelanggannya yang memperlihatkan peningkatan sebanyak 16.9% dari tahun ke tahun. Penyediaan perkhidmatan LTE yang sangat cepat berkembang, seramai 1.5 juta pelanggan Digi telah berupaya menikmati kepantasan rangkaian LTE, iaitu peningkatan sebanyak lebih daripada 2 kali ganda daripada tahun lalu.


