THUNDEROBOT 911 Series Diperkenalkan Dengan Pemproses Intel Core Generasi Ke-8

THUNDEROBOT, sebuah jenama laptop gaming yang ditubuhkan pada 2014 hari ini mengumumkan dua buah laptop baharu yang dikenali THUNDEROBOT 911S dan THUNDEROBOT 991 Air serta tiga lagi model yang telah dinaik taraf menggunakan pemproses Intel Core Generasi ke-8 kepada umum. Sasaran pada kali ini ialah menghasilkan sebuah laptop gaming yang ringin dan nipis dalam masa sama mengekalkan prestasi pada tahap yang tertinggi.

THUNDEROBOT 911S dibina dengan rekaan badan berasaskan aluminium yang telah dikilatkan. Pengalaman gaming tidak terhenti dengan adanya ciri papan kekunci RGB yang boleh bertukar warna. Selain itu ia menyediakan sistem grafik GeForce GTX 1060 6GB GDDR5 dan RAM 16GB DDR4-2400, diikuti storan 128GB M.2 Pcle SSD, dan storan 1TB HDD. Laptop ini disertakan paparan IPS 15.6-inci dengan kadar segar-semula setinggi 144Hz. Dibina dengan ketebalan 25mm, berat untuk laptop ini pula mencecah 2.4kg.

Beralih kepada THUNDEROBOT 911 Air, laptop ini menawarkan saiz skrin yang sama tetapi nisbah skrin-ke-kerangka dinipiskan seolah-olah menggunakan badan bersaiz 14-inci. Laptop ini lebih ringan dan lebih nipis menerusi ketebalan tubuh 20mm dan berat hanya 2kg yang mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kad grafik yang dimasukkan ialah GeForce GTX 1050Ti 4GB GDDR5 yang ditemani memori storan 128GB M.2 Pcle bersama storan 1TB HDD. Warna butang pada papan kekunci juga boleh dikustom mengikut kesukaan pengguna.

(dari kiri) DINO, 911GT, dan ST Plus

Tiga buah model laptop yang turut dikemas kini antaranya ialah THUNDEROBOT DINO, 911GT, dan ST Plus. Kini perkakasan dalaman mendapat sumber kuasa daripada pemproses Intel Core i7-8750H, sementara DINO didatangkan dengan RAM DDR4-2666MHz. Kesemua laptop gaming ini dibekalkan sambungan WiFi 802.11ac dan Bluetooth 5.0.

You might also like