Telefon Pintar Sokong Projektor Jenama SCAND.A Diperkenalkan Di Malaysia

Sudah lama tidak melihat telefon pintar yang dilengkapi projektor bukan? Jika anda masih ingat, sebelum ini Samsung dan Lenovo juga pernah melancarkan telefon pintar dan tablet yang dilengkapi dengan projektor.

Terbaru, sebuah telefon pintar dengan jenama baru telah diperkenalkan di Malaysia. Menggunakan nama SCAND.A, telefon pintar ini dilengkapi dengan sebuah projektor bersaiz 12 – 200 inci dengan kecerahan cahaya sehingga 80 lumens.

Menyokong sistem operasi Android 7.0 Nougat, peranti SCAND.A telah dikuasakan oleh MediaTek MT6753 dan CPU Quad Core berkelajuan 1.5GHz. Malah turut menyokong RAM 3GB bersama storan 64GB.

Menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci beresolusi 1920×1080 piksel dengan lengkung 2.5D, sokongan German OSRAM LED untuk jangka hayat lampu projektor mampu bertahan sehingga 20,000 jam dengan adanya bateri berkapasiti 4500mah. Jadi, ia sememangnya sesuai untuk menonton video dan juga bermain permainan dalam jangka masa yang lama. Tidak ketinggalan, telefon pintar SCAND.A ini turut menyokong teknologi pengimbas cap jari.

Kepada yang berminat, ia dijual pada harga RM2,488. Tetapi, anda boleh mendapatkan harga diskaun RM2,088 apabila membuat pra tempahan di laman SCAND.A bermula hari ini dan akan mula diedarkan pada 1 Mac 2018 dengan sebulan waranti.

You might also like