Grab & MDEC Bersama World Bank Melancarkan OpenTraffic Di Malaysia

Sean Goh ketua pengarah Grab Malaysia

Hari ini Grab dan MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) termasuk World Bank Group, sebuah institusi yang menyelesaikan atau mengurangkan tahap kemiskinan serta kemakmuran bersama di negara membangun, telah melancarkan OpenTraffic sebagai platfom untuk mengumpul maklumat dari GPS Grab bagi menyediakan pengurusan trafik dan perancang bandar kepada agensi di Malaysia, sama ada untuk menaiktaraf atau melabur kepada infrastruktur pengangkutan yang sedia ada.

Usaha sama ini juga mendapat persetujuan dari badan-badan kerajaan dan juga pihak NGO seperti MAMPU, PEMANDU, MIROS, JKJR dan SPAD. Sistem merangkumi maklumat yang dikumpul seperti kesesakan jalan raya, kemalangan yang berlaku termasuk bencana alam untuk diproses dalam masa hanya enam saat terus ke pengkalan data.

Upacara tandatangan MOU

Selepas itu, OpenTraffic akan mengeluarkan graf statistik bagi tempoh seminggu dan masa yang akan datang mengandungi masa perjalanan dari titik A ke titik B dengan kelajuan kenderaan yang melalui kawasan tersebut terutama di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Perkara ini telah dilaksanakan di Filipina dan mereka berjaya menunjukkan perkembangan yang baik.

Team Rendezous

Dalam masa yang sama, majlis pelancaran ini telahpun memilih kumpulan untuk bertanding bagi membangunkan aplikasi dikenali sebagai MyTrafficHack yang akan digunakan oleh orang awam atau badan kerajaan pada masa akan datang, khabarnya aplikasi ini akan dilancarkan pada bulan September.

Team S.I

Seramai 5 kumpulan telah bertanding masing-masing menunjukkan kebolehan dan kelebihan pada aplikasi mereka. Oleh itu, juara telah pun dipilih iaitu kumpulan Rendezous membawa pulang wang RM9,000 diikuti naib juara Team S.I (RM6,000) dan ketiga Team Ditto (RM3,000).

Team Ditto

Kami boleh merumuskan bahawa anda akan memperoleh lebih banyak maklumat dari apa yang ada di dalam telefon pintar anda seperti Waze dan Google Maps di masa kelak.

You might also like