
Saksikan iklan ini, pasti tersenyum…
Setiap kali musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri, setiap telco akan mengeluarkan iklan khusus untuk para penggunanya. Apa yang terjadi dalam video ini, U Mobile memanggil semula bekas-bekas penggunanya untuk kembali ke pangkuan mereka. U Mobile memujuk dengan menawarkan “Onz” iaitu video, panggilan, muzik, dan juga permainan percuma.
https://www.youtube.com/watch?v=5XnWB2xlp2k
Di samping itu, dalam babak iklan ini juga U Mobile memohon maaf kepada telco-telco yang lain termasuk yang ‘hijau’, ‘kuning’ mahupun ‘biru’ kerana perlu memberikan manfaat yang lebih lagi kepada rakyat Malaysia.