LG X500 – Menonton Video 20 Jam Dengan Sekali Pengecasan

LG baru sahaja melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan iaitu LG X500 dengan kapasiti bateri yang besar sebanyak 4,500mAh. Pihak pengeluar menyatakan bahawa peranti ini mampu dicas dari kosong sehingga 50% dalam masa 60 minit sahaja. Malah, jika dicas sepenuhnya, ia mampu memberikan tontonan video sehingga 20 jam lamanya.

LG X500 dilengkapi dengan paparan bersaiz 5.5 inci jenis IPS 1280 x 720p, cip pemproses MediaTek MT6750 lapan teras, RAM sebanyak 2GB, storan dalaman 32GB dan dioperasikan oleh Android Nougat terus dari kilang. Kamera yang digunakan di bahagian belakang ialah 13 Megapiksel dan kamera swafoto pula hanya 5 Megapiksel, juga menyediakan bantuan LED flash di kedua-dua belah.

Telefon pintar LG X500 akan mula dijual bermula 9 Jun ini di pasaran Korea Selatan pada harga KRW319,000 (lebih kurang RM1,220).

You might also like