WWDC 2017: Siri iPad Pro Bertambah Model Baru Dengan Paparan 10.5 Inci

Sebelum WWDC 2017 dirasmikan, terdapat banyak sumber mengatakan Apple akan melancarkan iPad Pro terbaru mereka. Jelasnya, Apple telah mengumumkan kehadiran iPad Pro terbaru dengan paparan bersaiz 10.5 inci, di samping model sedia ada iaitu iPad Pro 12.9 inci turut menerima kemaskini dari Apple.

Siri iPad Pro kali ini menggunakan cip pemproses A10X dengan 64 bit, dan enam-teras menawarkan kuasa yang cukup luar biasa sepanjang menggunakannya. Tambahan lagi, kehadiran Apple Pencil yang diperbahuarui ini membolehkan anda menulis atau melukis dengan tindak balas yang cukup responsif.

iPad Pro sentiasa menawarkan pengalaman Multi-Touch yang memuaskan, paparan Retina yang dipertingkatkan pada iPad Pro bukan sekadar cerah, malah ia adalah jauh lebih responsif daripada sebelum ini. Sama ada anda melayari Safari, bermain permainan 3D atau menonton video, semua ini mampu berjalan dengan lancar dan cepat tanpa sebarang masalah.

Model sebelum ini hanya menampilkan 8 Megapiksel untuk kamera utama, tetapi kemaskini terbaru telah meningkatkan resolusi kamera bagi kedua-dua iPad Pro. Di mana kamera utama telah dibekalkan dengan 12 Megapiksel dengan sokongan Qual-LED flash padanya, manakala kamera Facetime turut ditambahbaik dengan 7 Megapiksel.

Mengikut kebiasaan Apple, kedua-dua iPad Pro ini juga hadir dengan versi WiFi dan versi 4G. Tawaran harga adalah seperti berikut:

You might also like